بسم الله الرحمن الرحم
Assalamualaikum.

Ahlan Wasahlan ana ucapkan. Terima kasih kerana sudi menjenguk An_Nisa - BoutiqueForMuslimah.

An_Nisa menawarkan tudung2 dari bidang 50 - 60 untuk anda semua buat masa ini. Serta jualan novel2 terpakai yang dijual dgn harga berpatutan. Paling terbaru pihak kami ada menjual beg2 tangan terkini dan juga pakaian terpakai/bundle. Semoga dengan permulaan ini akan menghasilkan yang lebih baik. Moga jalinan ukhuwwah dari perniagaan ini diredhai ALLAH dan berterusan sebagai medan mujahidah kita untuk menjadi hamba-NYA yang solehah. Insya-ALLAH.

Novel Terpakai



Assalamualaikum.
Ahlan Wasahlan.


An-Nisa ada menjual buku2 novel terpakai (2nd hand novels), dengan harga yang berpatutan. Ini adalah koleksi An-Nisa sendiri. 
Insya-ALLAH buku2 dalam kondisi yang baik. 








Pilihan di tangan anda :)


HARGA PROMOSI 
CEPAT2 SEMENTARA MASIH ADA :)




PRE LOVED NOVELS - PART 1


Tajuk : Izinkan kubahagia
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 492 m/s
Penulis : Leeya Myra
Harga : Rm13.00

Kod : N1

Sinopsis :
Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui Soraya, Nadya dan Zafir.
" Izinkan ku bahagia..." bisik Nadya.
Bisikan yang sama terlafaz dalam hati Soraya dan Zafir.




Tajuk : Meniti Bahagia
Terbitan : Buku Prima
Halaman : 364 m/s
Penulis : Zihasra Aziz
Harga : Rm 12.00

Kod : N2

Sinopsis :
Kenyataan seringkali tidak sehebat impian. Begitulah yang terjadi pada Zailinna Afira. Kasihnya yang luhur terhadap Fazrul Azhan dipersiakan. Penantiannya selama empat tahun dicurangi lelaki itu. Janji yang termeterai untuk hidup bersama hancur berkecai.








Tajuk : Maafkan ku..... Sayang
Terbitan : karnaDya
Halaman : 499 m/s
Penulis : Mimie Afinie
Harga : Rm14.00  Rm12.00 


Kod : N3

Sinopsis :
Di Tanjong Resang, Mersing menjadi tempat pilihannya Iskandar Helmi menumpang kasih dan sayang. Di tempat itu juga dia bertemu Sarah Nadia yang membuatkan dia terlupa pada memori semalam. Biarlah semuanya berlalu dalam lipatan sejarah. 
" Takkan ku berhenti mencintaimu.... seperti mana jarum jam ini yang tidak pernah berhenti mengejar masa...."





Tajuk : Kekasih Pujaan 
Terbitan : NHF Media
Halaman : 504 m/s
Penulis : Azian Zahra
Harga : Rm14.00  Rm12.00 


Kod : N4

Sinopsis :
Bila hati dilanda cinta, seluruh perasaan ego lebur menjadi debu. Sanggupkah Sufia anak gadis hartawan meluahkan rasa cintanya terhadap Zalfi yang pada mulanya dianggap orang bawahan  dan tidak sepadan dengannya ? Zalfi pula terpaksa pendam perasaannya terhadap Sufia, kerana sedar akan perbezaan darjat.






Tajuk : Kala Hujan Menitis
Terbitan : Buku Prima
Halaman : 460 m/s
Penulis : Mia Khaidina
Harga : Rm 13.00

Kod : N5

 Sinopsis : 
Khairil bahagia melihat Nadia gembira. Dia senang sekali melihat Nadia ketawa dan senyum manja. Entah mengapa setiap kali melihat kerdipan sinar matanya, Khairil seakan-akan terawang-awang di udara. Dan taktala merenung sinar mata itu, Khairil tahu dia harus berubah diri. Berhijrah ke ruang yang lebih diredhai. Ya, dia mahu berubah. Dia mahu berhijrah.
" Bebaskah mereka mencari bahagia ? "






Tajuk : Suci Wajah Rindu
Terbitan : Laman Hati
Halaman : 480 m/s
Penulis : Zuraidah Othman
Harga : Rm16.00 Rm13.00


Kod : N6


Sinopsis :
Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun.... terlalu mengharapkan keajaiban berlaku dia bukan orangnya. Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka.




Tajuk : Masih Ada Rindu
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 432 m/s
Penulis : Mimie Afinie
Harga : Rm13.00


Kod : N7

Sinopsis :
Masih terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap ? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib ? Apakah sepanjang usia dia harus menggendong duka ini ?
" Rasa rindu itu tetap hadir selagi niat setia masih tersisip di hati "








Tajuk : Andai itu takdirnya
Terbitan : Buku Prima
Halaman : 588 m/s
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : Rm16.00 Rm13.00


Kod : N8


Sinopsis :
Andai itu takdirNya, dia akan menempuhi dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
" Cintamu sesegar embun nan pagi, Semakin resah menanti terbit mentari, Hangatnya yang membakar mengeringkan, Segala keindahan yang penuh kepalsuan "








Tajuk : Tiada Yang Kedua
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 455 m/s
Penulis : Sania Yasmin
Harga : Rm 14.00

Kod : N9

Sinopsis :
Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.
" Akhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu "







Tajuk : Mahligai Cinta 
Terbitan : Alaf 21
Halaman : 506 m/s
Penulis : Sri Diah
Harga : Rm15.00 Rm12.00


Kod : N10


Sinopsis :
Lumrah percintaan, ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Kuatkah kita menghadapi dugaan ? Betulkah kita tidak goyah andai prasangka dan cemburu datang menerpa ? Ada kala, hati tertanya-tanya... benarkah lelaki yang jujur, gandingannya ialah wanita yang jujur ? Wanita yang setia pula, apakah akan digandingkan dengan lelaki yang setia ?




** Harga tak termasuk kos pos ye, nak tau boleh rujuk dekat SINI **



Kalau suka bolehlah 
LIKE PAGE AN_NISA DI FACEBOOK :))